600 Lagi Warga Bintangor Terima Suntikan Dos Pertama

UKAS  > Edisi-Tengah >  600 Lagi Warga Bintangor Terima Suntikan Dos Pertama
0 Comments

JUMAAT, 2 JULAI 2021

BINTANGOR: Proses pemberian vaksin kepada warga Bintangor terus rancak dilaksanakan menyaksikan seramai 600 lagi penduduk divaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor pada Jumaat.

Hadir bagi memberikan sokongan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang turut gembira dengan respons baik dari masyarakat pelbagai latar belakang usia dan kaum di Bintangor terhadap program pada hari tersebut.

Beliau turut menyeru kepada Ketua Masyarakat setempat agar memainkan peranan menyakinkan para penduduk di kawasan itu untuk menerima suntikan vaksin bagi menjaga kesejahteraan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling.

Justeru, Datuk Ding menggesa mereka yang tercicir nama atau belum mendaftar suntikan vaksin untuk segera berbuat demikian dengan ketua masyarakat setempat agar proses imunisasi di Daerah Meradong dapat dipercepatkan. – EDISI UKAS