Lagi 40 Individu Divaksinasi Di PPV Klinik Kesihatan Santubong

UKAS  > Edisi-Selatan >  Lagi 40 Individu Divaksinasi Di PPV Klinik Kesihatan Santubong
0 Comments

ISNIN, 5 JULAI 2021

KUCHING: Lagi seramai 40 orang penduduk di Kampung Santubong menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Santubong pada Isnin.

Manakala 280 orang lagi penduduk akan menerima suntikan dos kedua vaksin pada Selasa.

Pemberian vaksin kedua di PPV Klinik Kesihatan Santubong memfokuskan kepada golongan warga emas yang telah menerima dos pertama pada 14 Jun lepas.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Santubong, Fatimah Hazmi memberitahu, seramai 580 orang daripada 800 orang penduduk kampung telah menerima suntikan dos pertama vaksin.

Tambahnya, kesemua penerima vaksin memberikan kerjasama baik kepada petugas di PPV berkenaan.-EDISI UKAS