ISNIN, 5 JULAI 2021
GEDONG: Seramai 250 orang penduduk di kawasan Gedong menerima suntikan dos vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) RTC Munggu Lalang pada Isnin.
Mereka adalah terdiri daripada warga emas dan golongan yang berisiko.
Proses vaksinasi melibatkan golongan itu bermula pada 5 sehingga 14 Julai 2021.
Tinjauan yang dilakukan pula mendapati PPV RTC Munggu Lalang Lalang mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk kawasan Ulu Simunjan.
Proses pemberian vaksin COVID-19 di PPV RTC Munggu Lalang berjalan lancar dan teratur mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Turut membantu ialah pihak sukarelawan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS