RABU, 7 JULAI 2021
DARO: Sebanyak 98 peratus penduduk di Daro telah mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk untuk dos kedua.
Pada Selasa, program tersebut masih diteruskan di Dewan Masyarakat Daro dengan kehadiran seramai 400 penerima.
Kaedah ‘walk in’ dilihat pendekatan terbaik dalam memastikan penduduk daerah itu menerima suntikan vaksin.
Pada kali ini, program turut melibatkan warga asing yang bekerja dalam sektor pembinaan di Jambatan Batang Lassa.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkesempatan meninjau kelancaran proses pemberian vaksin. -EDISI UKAS