Dibenarkan Melalui SJR PKPD Kampung Mambong, Namun Borang Kebenaran Perlu Disahkan

KHAMIS, 8 JULAI 2021

PADAWAN: Susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Mambong pada 7 Julai lepas, Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan di Jalan Mambong-Sarig.

Dalam pada itu, Pegawai Tabdir Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong memberitahu, setelah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kecil Padawan, penduduk kampung di sekitar Jalan Mambong-Sarig diberikan kebenaran sehingga 8 Julai melalui SJR dengan menunjukkan kad pengenalan sahaja.

Jelasnya, selepas tarikh tersebut penduduk daripada Kampung Sikog, Kampung Simboh, Kampung Sitaang, Kampung Petag dan Kampung Bangau yang bekerja di Kuching diminta untuk mendapatkan borang kebenaran yang disahkan oleh ketua kampung dan dilampirkan bersama salinan kad pengenalan diri serta surat majikan. –EDISI UKAS