Operasi Sanitasi Telah Dilakukan Di Dewan Masyarakat Kampung Rangkang Selepas Aktiviti ACD

JUMAAT, 9 JULAI 2021

ASAJAYA: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Asajaya telah melakukan proses sanitasi di Dewan Masyarakat Kampung Rangkang, Sadong Jaya pada Khamis selepas aktiviti pengesanan kes aktif (ACD) telah diadakan di situ.

Proses sanitasi telah berjalan dengan baik dan lancar dengan memggunakan kekuatan lima anggota yang diketuai oleh Ketua Operasi Bomba Daerah Asajaya, PBT ll  Musli Salim.

Menurut Musli, proses sanitasi itu menggunakan peralatan-peralatan khas untuk para anggiota melakukan penyemburan dan juga menggunakan cecair ‘Sodium Hypochlorite’ sebagai bahan sanitasi.

Kerja-kerja sanitasi telah dibuat dikeseluruhan bangunan dewan termasuk kawasan luar dan dalam terutama laluan-laluan utama, tandas serta titik sentuhan tombol pintu, kerusi dan meja.-EDISI UKAS