Penduduk Kampung Sg Tarum, Engkeranji Mula Terima Vaksin

JUMAAT, 9 JULAI 2021

SRI AMAN:  Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) telah dijalankan ke kawasan pedalaman pada Khamis iaitu di Kampung Sg Tarum, Engkeranji.

Seramai 85 orang penduduk di kampung tersebut telah menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sg Tarum Engkeranji.    

Menerusi tinjauan yang dilakukan, anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut ditugaskan bagi mengawal keselamatan serta memastikan garis panduan SOP dipatuhi dengan betul.

Dalam pada itu, program pemvaksinan yang bermula dari jam 8 pagi hingga jam 2.30 petang itu telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat.-EDISI UKAS