ADUN Tarat Serah Cek UNIFOR Libatkan Peruntukan RM770,000

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Tarat Serah Cek UNIFOR Libatkan Peruntukan RM770,000
0 Comments

ISNIN, 19 JULAI 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah We Inn menyampaikan bantuan dana Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM770,000 kepada 10 penerima di Dewan Somali Kampung Baru Mawang pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat memberitahu, penyampaian dana UNIFOR itu adalah bagi permohonan Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-agama lain bagi tahun 2021 (FASA 1).

Beliau juga menambah sekiranya terdapat permohonan akan datang, beliau berharap para pemohon mengemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Antara projek-projek yang dibangunkan menerusi dana UNIFOR tersebut adalah, pembinaan Sunday School Gereja Santa Maria Kampung Baru Mawang (RM50,000), membeli peralatan Gereja SDA Kampung Ampungan (RM50,000), membina Dewan Gereja St. Murumba Kampung Bintawa Sg. Mas (RM50,000), membaiki Gereja SDA Kampung Tarat Sibala (RM50,000).

Seterusnya, mengubah suai dan membeli kelengkapan Gereja St Mathew, Kampung Sebangkui (RM70,000), menyiapkan Bangunan Gereja, Chapel Of Holy Spirit Kampung Rituh Labuan (RM100,000), menaik taraf Tarat Methodist Church, Serian (RM100,000), membina baru Gereja St Sylvester Kampung Sebemban (RM100,000), menaik taraf Gereja SDA Kampung Bunga, Serian (RM100,000) dan membina baru St Barnabas Chapel, (RM100,000). -EDISI UKAS