Program Ziarah UKAS Peringkat DUN Repok Santuni 50 Asnaf

RABU, 21 JULAI 2021

SARIKEI: Penyerahan bantuan bekalan makanan bersempena Program Ziarah  UKAS diteruskan lagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok pada Rabu.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huan Tiong Sii bertempat di Pusat Khidmat Repok.

Seramai 50 penduduk yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan berupa makanan, pelitup muka serta cecair pembersih tangan sumbangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) itu.

Dato Sri Huang Tiong dalam pada itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada UKAS serta pihak yang terlibat dalam melancarkan program tersebut.

Dalam majlis sama, turut diserahkan geran Projek Kecil Luar Bandr (MRP) berjumlah RM161,000 yang diperuntukkan kepada 33 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Antaranya ialah PIBG SJK Hua Nam (RM3,000), PIBG SJK Tiong Ho (RM5,000), Lembaga Pengurus Sekolah SJK San Ming (RM2,000), PIBG SJK (C) Siung Hua (RM5,000), PIBG SJK Su Kwong (RM5,000), PIBG Sjk Sing Ming (RM2,000), PIBG Sek Keb Sg Paoh Sarikei (RM5,000), PIBG SJK Nam Kiew Sarikei (RM3,000), PIBG SRK Hua Kee (RM2,000), PIBG SJK Minar Sarikei (RM5,000), PIBG SK Tanah Putih (RM2,000), SRB Kwang Chien (RM5,000), JK Kebajikan Staf SMK Vandar Sarikie (RM10,000), PIBG SJK Su Hing (RM5,000).

Turut menerima PIBG SK Sungai Petai Sarikei (RM2,000), PIBG SJK (C) Bulat (RM5,000), PIBG SK Methodist Anglo Chinese (RM5,000), Lembaga Pengurus Sekolah SJK Su Lee (RM5,000), PIBG SJK Su Dok (RM2,000), PIBG SJK Wah Man (RM5,000), PIBG SJK Kiew Mang Sarikei (RM5,000), PIBG SRK Selangan (RM5,000), PIBG SRK Sze Lu (RM5,000), Lembaga Pengurus Sekolah SJK ST. Martin (RM5,000), PIBG SK ST Anne (RM5,000), PIBG SMK Sungai Paoh Sarikei (RM10,000), PIBG SMK ST Anthony Sarikei (RM10,000), PIBG SJK Su Lok (RM5,000), PIBG SJK Chung Hien (RM2,000), PIBG SMK Tinggi Sarikei (RM10,000), PIBG SJK Su Tak (RM3,000), SJK Su Ming (RM3,000) dan Ming Lik Secondary School (RM10,000). – EDISI UKAS