200 Penduduk Di Daerah Tatau Terima Bakul Makanan Di Bawah Pakej PEMULIH Parlimen Bintulu

UKAS  > Edisi-Utara >  200 Penduduk Di Daerah Tatau Terima Bakul Makanan Di Bawah Pakej PEMULIH Parlimen Bintulu
0 Comments

KHAMIS, 29 JULAI 2021

TATAU: Pejabat Daerah Tatau dan Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Tatau telah mengagihkan 200 bakul makanan di Daerah Tatau. 

Menurut Pemanca Gerosen Jubin, bantuan bakul makanan ini merupakan pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Parlimen Bintulu.

“Program pada hari ini adalah penghantaran bantuan bakul makanan kepada penduduk di kampung dan rumah panjang  di kawasan DUN Jepak dan Parlimen Bintulu di bawah pentadbiran Daerah Tatau. 

“Pada pagi ini program penghantaran bakul makanan ini telah diuruskan Pejabat Daerah dan Persatuan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) Daerah Tatau,” katanya semasa ditemui selepas penghantaran Bantuan Bakul Makanan PEMULIH di Daerah Tatau pada Rabu. 

Bantuan bakul makanan ini dihantar ke beberapa buah rumah panjang dan kampung bagi memudahkan penerima mendapatkan bantuan ini.

Sebanyak 12 buah kenderaan pacuan empat roda dan 16 orang petugas yang terdiri dari Pejabat Daerah Tatau dan Persatuan KMKK Daerah Tatau menghantar bantuan tersebut diketuai Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian. 

Hadir sama Pegawai Tadbir Pejabat  Daerah Tatau Winnie Dian dan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau SAO Long Jok. -EDISI UKAS