KHAMIS, 29 JULAI 2021
SERIAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben dalam lawatan kerjanya ke Kampung Mayang Kawan pada Rabu telah meninjau Projek Membina Jalan ke Kawasan Asrama SK St Anthony Kawan oleh Syarikat Cikar Jezone Construction.
Projek dibawah pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian itu adalah melalui peruntukan (RTP) berjumlah RM60,000, yang dimulakan pada November 2020 dan siap pada Februari 2021.
Antara kerja-kerja yang turut termasuk dalam projek tersebut ialah perparitan, kalvert dan menyimen bahagian belakang asrama.
Martin berpuas hati dengan mutu kerja yang ditunjukkan oleh pihak kontraktor dan berharap pihak pengurusan sekolah serta pelajar yang ditempatkan di asrama tersebut berasa lebih selesa dan sentiasa menjaga kebersihan asrama dan kawasannya. -EDISI UKAS