ADUN Lingga Santuni Warga Emas Di Kampung Stumbin

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Lingga Santuni Warga Emas Di Kampung Stumbin
0 Comments

JUMAAT, 30 JULAI 2021

SRI AMAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkesempatan menyantuni empat warga emas di Kampung Stumbin, Simanggang menerusi Program DUN Lingga Prihatin, pada Khamis.

Warga emas yang dilawati beliau kebanyakkannya menghidap sakit tua dan masalah paru-paru.

Melalui program tersebut, beliau turut menghulurkan sumbangan kepada mereka bagi mengurangkan tekanan dan bebanan yang dihadapi tatkala negara berdepan kesukaran pada ketika ini.

Turut serta bersama beliau dalam program tersebut, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Stumbin dan ahli-ahli PBB DUN Lingga. -EDISI UKAS