660 Lagi Penduduk Lundu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  660 Lagi Penduduk Lundu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19
0 Comments

AHAD, 1 OGOS 2021

LUNDU : Seramai 660 orang lagi penduduk di daerah Lundu melibatkan 13 buah kampung di Zon Batang Kayan dan Zon Sebandi telah melengkapkan vaksin COVID-19 dos kedua pada hari terakhir pelaksanaan program imunisasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stungkor.

Menerusi tinjauan UKAS pada Sabtu, PPV tersebut dibuka seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang dan keseluruhan daripada penerima vaksin telah hadir mengikut masa temujanji yang ditetapkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Salah seorang penerima vaksin, Jessica Sadi Peter, 19 dari Kampung Bukit Papan ketika ditemubual merakamkan rasa gembira dan keterujaan beliau setelah melengkapkan dua dos vaksin dan berharap lebih ramai lagi individu yang mendaftar serta mendapatkannya bagi membanteras penyebaran wabak COVID-19. -EDISI UKAS