2,387 Pekerja Industri Minyak Dan Gas Telah Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama

UKAS  > Edisi-Utara >  2,387 Pekerja Industri Minyak Dan Gas Telah Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama
0 Comments

AHAD, 1 OGOS 2021

MIRI: Sejak mula beroperasi pada 8 Julai lepas, seramai 2,387 pekerja yang terlibat dalam industri minyak dan gas telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. 

Perkara ini telah dimaklumkan Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media pada Sabtu selepas mempengerusikan mesyuarat JPBB Miri secara zoom pada Jumaat. 

Sehubungan itu, JPBB Miri menggesa semua kakitangan yang berkaitan dengan industri minyak dan gas untuk terus mendapatkan vaksin. 

Industri Minyak dan Gas juga disarankan supaya menggunakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) untuk mewajibkan kakitangannya untuk mendapatkan vaksin sebagai peraturan syarikat dalaman dengan mematuh SOP Pencegahan COVID-19 yang ditetapkan. 

Semua kakitangan Industri Minyak dan Gas perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum Sign-on dan Kuarantin 14 hari. 

Bagi kakitangan yang berada di bawah kuarantin di Offshore Transit Center (OTC), pelantar/ pelantar/ kapal kapal yang masih belum menerima janji vaksinasi, perlu buat janji temu khas dengan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Oil & Gas Lutong, Miri sahaja untuk menerima vaksinasi. -EDISI UKAS