ISNIN, 9 OGOS 2021
KUCHING : Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menyumbang sebanyak 310 pek makanan untuk penduduk di Kampung Bintawa Tengah yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 6 Ogos tempoh hari.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil penduduk, pada Isnin.
Penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada pihak TBS atas keprihatinan membantu meringankan bebanan penduduk di saat sukar ini. -EDISI UKAS