Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya Agih Bakul Makanan Di Kawasan Satok

SELASA,10 OGOS 2021

KUCHING: Prihatin dengan masyarakat yang memerlukan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya telah mengagihkan bakul makanan kepada golongan kurang upaya penglihatan di kawasan Satok serta pekerja-pekerja yang berada di Jalan Satok dan Jalan Dato Ajibah Abol pada Selasa.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Nas Ismadie Khalit yang  mewakili Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Sementara itu, rata-rata penerima mengukir senyuman dan berterima kasih kepada Dato Sri Fadillah dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra kerana keperihatinan dan sumbangan tersebut.-EDISI UKAS