JAPEN Samarahan Laksana Hebahan IOW Pengesanan Kes Secara Aktif Di Kampung Quop

UKAS  > Edisi-Selatan >  JAPEN Samarahan Laksana Hebahan IOW Pengesanan Kes Secara Aktif Di Kampung Quop
0 Comments

JUMAAT, 13 OGOS 2021

SAMARAHAN: Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Samarahan melaksanakan hebahan awam ‘Info On Wheel’ (IOW) di Kampung Quop, pada Khamis.

Ia susulan daripada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menetapkan penduduk kawasan itu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 17 Ogos ini.

Hebahan tersebut adalah bagi memaklumkan pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching melaksanakan pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) selama dua hari iaitu pada 12 Ogos dan 13 Ogos bermula dari 9 pagi hingga 1 petang di Dewan Serbaguna Kampung Quop.

Para penduduk dikehendaki memberikan kerjasama untuk hadir menjalani ujian saringan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). –EDISI UKAS