Pejabat Daerah Miri, AADK Miri Dan Jawatankuasa MIDS Kongsi Pengetahuan Dan Kefahaman Bahaya Dadah

AHAD, 15 OGOS 2021

MIRI: Pejabat Daerah Miri dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Miri dan Jawatankuasa MIDS Biro Kawasan Penghulu Daerah Miri telah menganjurkan Program Intervensi Bersepadu Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (OBID) Peringkat Komuniti/Kampung, Daerah Miri 2021 pada Sabtu.

Tujuan utama program ini adalah berkongsi pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah yang ditujukan khas untuk para gelandangan yang ditempatkan sementara di Pusat Penempatan Sementara Gelandangan (PPSG) Dewan Tanjung Batu, Miri.

Program pertama ialah taklimat dan perkongsian dari Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang disampaikan Dr Wong Yong Kai dengan tema Kesan Kesihatan Akibat Penyalahgunaan Dadah dan Substance.

Seterusnya, perkongsian dan taklimat dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak yang disampaikan Inspektor Jeliliah dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan tema Statistik dan Trend Pengedaran Dadah dan Substance di Sarawak/Daerah dan Hotline JSJN. 

Sementara itu, AADK Sarawak pula memberikan perkongsian dan taklimat Statistik dan Trend Penagihan Dadah dan Substance di Sarawak yang disampaikan Mazlan Jikran.

Hadir sama Setiausaha OSC Daerah Miri merangkap Pemangku Penolong Pegawai Daerah Miri Edward Tawang, Pemanca Abang Mohamed, Penghulu Samion Gani dan Ketua-Ketua Kampung.-EDISI UKAS