Para Peniaga Di Anjung Usahawan Kampung Gedong Sambut Baik Larangan ‘Dine In’

UKAS  > Edisi-Selatan >  Para Peniaga Di Anjung Usahawan Kampung Gedong Sambut Baik Larangan ‘Dine In’
0 Comments

SELASA, 24 OGOS 2021

GEDONG: Para peniaga di Anjung Usahawan Kampung Gedong menyambut baik arahan larangan ‘dine in’ di kedai makan bermula pada 22 Ogos lepas.

Tinjauan yang dilakukan mendapati para peniaga kedai makan di situ hanya menyediakan perkhidmatan bungkus atau ‘take away’ sahaja dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Penduduk sekitar Kampung Gedong juga mematuhi SOP ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 kawasan tersebut. -EDISI UKAS