ADUN Jepak Adakan Perjumpaan Bersama KMKK, Kemas Kini Perkembangan Semasa

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Jepak Adakan Perjumpaan Bersama KMKK, Kemas Kini Perkembangan Semasa
0 Comments

ISNIN, 30 OGOS 2021

BINTULU: Menjadi kelaziman bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip apabila setiap kali pulang ke kawasan akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Ini bagi mendengar sendiri permasalahan, cadangan dan pendapat daripada setiap KMKK serta perkembangan terkini senario politik yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. 

Perjumpaan kali ini, beliau telah meluangkan masa selama sejam untuk bertemu dan membincangkan perkara bersama 15 ‘tuai rumah’ atau ketua kaum dari kawasan Jalan Pesisiran Kuala Tatau-Bintulu. 

Sebelum pandemik COVID-19, Datuk Talib sentiasa berkunjung ke rumah panjang dan kampung bagi bertemu rakyat, tetapi disebabkan pandemik ini beliau hanya berjumpa dengan KMKK sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS