7 Kluster Masih Aktif Di Bahagian Miri, 3 Kluster Baharu Dikesan

UKAS  > Edisi-Utara >  7 Kluster Masih Aktif Di Bahagian Miri, 3 Kluster Baharu Dikesan
0 Comments

SELASA, 31 OGOS 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam kenyataan media pada Isnin berkata, sebanyak 7 kluster masih aktif di Bahagian Miri melibatkan 1,225 kes positif COVID-19.

10 kluster aktif di Bahagian Miri ialah Kluster Lunyim (186 kes), Kluster Tembok Miri (410 kes), Kluster Jambatan Lemua (26 kes), Kluster Mega Suai (244 kes), Kluster Sungai Menok (42 kes), Kluster Jalan Lembah Hijau (74 kes), Kluster Mas Sawai (162 kes), Kluster Jero Gelasah (15 kes), Kluster Ladang 0004 Kuala Baram (39 kes) dan Kluster Ladang Hijau 01 (27 kes).

Dalam itu, sebanyak 3 kluster baharu telah dikesan di Bahagian Miri iaitu Kluster Jero Gelasah, Kluster Ladang 0004 Kuala Baram dan Kluster Ladang Hijau 01. 

Kluster Jero Gelasah iaitu kluster komuniti yang diisytiharkan pada 27 Ogos 2021 dan dikesan melibatkan dua buah rumah panjang.

Sementara itu, dua kluster dikesan di tempat kerja iaitu Kluster Ladang 0004 Kuala Baram iaitu kluster tempat kerja yang diisytiharkan pada 27 Ogos 2021 dan dikesan melibatkan sebuah ladang kelapa sawit.

Begitu juga dengan Kluster Ladang Hijau 01 iaitu kluster tempat kerja yang diisytiharkan pada 28 Ogos 2021 dan dikesan melibatkan sebuah ladang kelapa sawit.

Semua kawasan yang terlibat sudah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Kesemua kes positif COVID-19 telah dimasukkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Miri atau Bintulu untuk tujuan rawatan lanjut, pengasingan dan pemantauan, manakala semua kontak rapat telah diberikan perintah kuarantin dan dipasangkan gelang pemantauan.-EDISI UKAS