Taman Bandar Jaya, Bintulu Dikenakan PKPD

UKAS  > Edisi-Utara >  Taman Bandar Jaya, Bintulu Dikenakan PKPD
0 Comments

SELASA, 31 OGOS 2021

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB)  Bintulu bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Bandar Jaya, Bintulu bermula 29 Ogos hingga 11 September 2021. 

PKPD ini dilaksanakan dkerana terdapatnya kes positif COVID-19 yang dikesan Pejabat Kesihatan Bintulu. 

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menasihati masyarakat agar memberi kerjasama sepenuhnya dan memastikan keadaan selamat serta terkawal. 

Untuk memastikan keselamatan terjamin dan selamat, Jawatankuasa Kepolisan Komuniti (Community Policing) telah diaktifkan dan memainkan peranan membantu pihak berkuasa mengawal keadaan.-EDISI UKAS