Empat Lagi Kawasan Dilanda Banjir, Jalan Ditenggelami Air

UKAS  > Edisi-Utara >  Empat Lagi Kawasan Dilanda Banjir, Jalan Ditenggelami Air
0 Comments

SABTU 4 SEPTEMBER 2021

MIRI: Beberapa kawasan rumah panjang yang rendah di kawasan Jelalong dan Tubau telah dinaiki air berikutan hujan lebat yang turun sehingga menyebabkan jalan ke situ ditengelami air sedalam 3 hingga 4 kaki.

Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah Sebauh telah menerima laporan bencana daripada Tuai Rumah kawasan Jelalong dan Tubau yang menghadapi masalah banjir. 

Rumah panjang terlibat adalah Rumah Mering Madang, Sg Pesu Tubau, Kawasan Pasar Tubau, Balai Polis Tubau, Rumah  Joseph Gawing Sg. Satik Jelalong, Rumah Joshua Long Pelisit Tubau, Rumah Khairunisa Lon Bani Tubau dan Rumah  Lasah Mering Tubau

Dalam pada itu, Bilik Gerakan Bencana Daerah Sebauh telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membuat pemantauan ke kawasan seperti yang dilaporkan dan kawasan lain.

Sementara itu, kejadian banjir turut melanda penempatan di Ulu Teru, Tinjar dengan kedalaman air di antara 1 kaki hingga 4 kaki dari paras tanah. 

Hal ini menyebabkan jalan kampung telah ditenggelami air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan. 

Antara rumah panjang yang sedang dinaiki air serta terputus hubungan kerana jalan kampung ditenggelami air adalah Rumah Abok Jabu, Kampung Mulong, Rumah Takang Ngadan, Kampung Empelam, Rumah Kalong Goh, Tanjung Rian, Rumah Mathew Sigat, Lubuk Kelambu, Rumah Henry Gomes, Kampung Mission dan Sekolah Kebangsaan Pengarah Enteri.

Manakala, penduduk di Kampung Kuala Tutoh pula kini sedang berjaga-jaga berikutan air yang mula memasuki rumah panjang mereka.

Dalam pada itu pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi sebelum ini telah menasihatkan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Tutoh dan Sungai Baram.-EDISI UKAS