ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Pandemik COVID-19 bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dalam beberapa tahun akan datang.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berpendapat bahawa peningkatan kes positif COVID-19 pada masa kini akan berlanjutan seperti selesema di kalangan masyarakat.
“Ianya akan berkembang menjadi satu endemik kesihatan seperti selesema biasa dan ‘booster’ atau penggalak vaksin COVID-19 berkala diperlukan seperti suntikan influenza pada suatu ketika dahulu.
“Jadi keadaan ini memerlukan kerajaan membuka perindustrian, sektor demi sektor dengan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh pakar perubatan,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Tan Sri James menegaskan bahawa pihak media juga perlu memainkan peranan dalam pemahaman dan pentafsiran data kesihatan bagi menghebahkan maklumat dengan cara yang tidak akan menimbulkan rasa panik di kalangan masyarakat. –EDISI UKAS