RABU, 15 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Skuad Kuching City FC (KCFC) terus mempamer kebangkitan dalam saingan Liga Premier 2021 yang semakin melabuhkan tirai.
Selepas mengejutkan Sarawak United, giliran Skuad Projek FAM-MSN menjadi mangsa KCFC dengan kemenangan 2-0 dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Selasa.
Kapten KCFC, Joseph Kalang Tie menceriakan rakan sepasukan apabila meledak gol pertama pada minit ke-13.
Berselang babak kedua, giliran penyerang import KCFC, Michael Chukwubunna Ijezie meletakkan nama selaku penjaring dalam minit ke-48.
Kemenangan itu melonjakkan KCFC di tangga ketujuh dengan 24 mata ketika ini. – EDISI UKAS