KHAMIS, 16 SEPTEMBER 2021
BAU: Seramai 343 penduduk Kampung Sebobok tampil bagi menjalani ujian saringan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di Balai Raya Kampung Sebobok pada Khamis.
Proses ACD tersebut melibatkan 183 orang lelaki dan 160 orang wanita yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau.
Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) Kampung Sebobok ditugaskan untuk memastikan proses ACD berjalan lancar. –EDISI UKAS