Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan Diteruskan Di Sibu

UKAS  > Edisi-Tengah >  Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan Diteruskan Di Sibu
0 Comments

ISNIN, 20 SEPTEMBER 2021

SIBU: Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan diteruskan di Sibu bertempat di Rumah Joseph Jugah, Bukit Assek pada Ahad.

Program anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pembaharuan Bandar Sibu merangkap Pengerusi SUPP Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon dan Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng.

Menurut Joseph, pihaknya amat berterima kasih kepada UKAS kerana menganjurkan program yang cukup baik bagi menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Antara pengisian program adalah penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kepada wakil KMKK di DUN Bukit Assek serta mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada enam pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, poster ‘Rabies’ juga turut diedarkan bagi menyedarkan masyarakat tentang bahaya wabak tersebut walaupun sekarang orang ramai lebih bimbangkan wabak COVID-19. – EDISI UKAS