Pusat Khidmat SUPP Cawangan Batu Kitang Terima 100 Pek Bantuan Makanan Untuk Disalur Kepada Golongan Terjejas COVID-19

JUMAAT, 24 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Prihatin dengan nasib golongan yang  terjejas akibat pandemik COVID-19, seorang individu telah bermurah hati memberikan sumbangan 100 pek bantuan makanan pada Jumaat.

Bantuan makanan tersebut disampaikan oleh seorang individu yang hanya ingin dikenali sebagai Chai dalam sebuah majlis ringkas kepada Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Agihan bantuan makanan diserahkan oleh Ahli Pemuda SUPP Cawangan Batu Kitang kepada penduduk yang sedang menjalani pelaksanaan kuarantin kendiri termasuk golongan yang memerlukan. –EDISI UKAS