411 Remaja 12 Hingga 15 Tahun Di Daerah Kecil Beluru Terima Suntikan Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Utara >  411 Remaja 12 Hingga 15 Tahun Di Daerah Kecil Beluru Terima Suntikan Vaksin COVID-19
0 Comments

AHAD, 26 SEPTEMBER 2021

BELURU: 6 buah sekolah di Daerah Kecil Beluru menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Sabtu. 

Mereka dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakong, Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru Central, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Hua Kwong, SK Sungai Selepin, SK Sungai Bakas dan SK Sungai Seputi menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru. 

Seawal jam 8:00 pagi, setiap remaja telah ditemani ibu bapa dan penjaga hadir menunggu giliran masing-masing.

Mereka datang mengikut janji temu yang diberikan sekolah masing-masing mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS