204 Remaja 12 Hingga 15 Tahun Di Daerah Lawas Zon Trusan Terima Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Utara >  204 Remaja 12 Hingga 15 Tahun Di Daerah Lawas Zon Trusan Terima Vaksin COVID-19
0 Comments

SELASA, 28 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Program vaksinasi remaja berumur 12 hingga 15 tahun di Daerah Lawas diteruskan pada Isnin selepas dimulakan pada Ahad.

Mereka yang menerima vaksin COVID-19 dari Zon Trusan terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tang Lepadan dan SK Kampung Lintang serta pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan.

Kebanyakan murid yang hadir ditemani ibu bapa dan penjaga masing-masing. 

Sebanyak 204 vaksin jenis Pfizer telah diberikan kepada murid di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SMK Trusan pada Isnin.

Proses pemberian vaksin berjalan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini. 

Pelajar yang ditemui melahirkan rasa teruja dan gembira kerana telah mendapat suntikan vaksin dos pertama bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti COVID-19.-EDISI UKAS