Program Ziarah UKAS Di Bintangor Santuni 50 Warga Emas

SABTU, 2 OKTOBER 2021

BINTANGOR: Seramai 50 warga emas dari lima buah rumah panjang sekitar Sungai Tulai Bintangor menerima bantuan makanan sempena Program Ziarah UKAS yang diadakan pada Jumaat.

Hadir meneyrahkan bantuan berkenaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing sambil memuji inisiatif Unit Komunikasi Awam Sarawak menganjurkan program berkenaan untuk menyantuni warga emas di rumah panjang.

Beliau juga berharap program seumpama itu diteruskan lagi di masa akan datang agar ramai lagi yang menerima manfaat.

Dalam program sama, Datuk Ding turut mengagihkan poster rabies kepada lima tuai rumah terbabit. – EDISI UKAS