108 Remaja 12- 17 Tahun Di Katibas Terima Vaksin Secara Outreach, Mopping

UKAS  > Edisi-Tengah >  108 Remaja 12- 17 Tahun Di Katibas Terima Vaksin Secara Outreach, Mopping
0 Comments

SELASA, 5 OKTOBER 2021

KATIBAS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Song telah mengadakan program Outreach Suntikan Vaksin COVID-19 Dos ke-2 remaja berumur 12 hingga 17 Tahun dan Program Mopping di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah tersebut pada 1 sehingga 3 Oktober lepas.

Program vaksinasi dijalankan pada 1 hingga 2 Oktober 2021 di PPV Klinik Kesihatan Bangkit tersebut melibatkan seramai 36 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebanggsaan (SMK) Ketibas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Jugah dan SK Bangkit.

Manakala di PPV Klinik Kesihatan Engkuah seramai 41 pelajar dari SMK Katibas dan SK Engkuah yang terlepas sesi vaksinasi yang lepas atas sebab dikuarantin.

Pada 3 Oktober, program diteruskan di Klinik Kesihatan Nanga Chemanong dan seramai 31 pelajar terdiri daripada SMK Katibas yang terlepas sesi vaksinasi dan pelajar SK Lubok Ipoh.

Di dalam program tersebut, rata-rata ibu bapa pelajar tersebut meraikan rasa kesyukuran dan lega kerana dapat melengkapkan vaksinasi anak-anak mereka untuk lebih yakin menghantar anak mereka kesekolah pada sesi pembukaan semula sekolah nanti.-EDISI UKAS