ADUN Bukit Saban Sumbang Bantuan Makanan Di Kawasan PKPD

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Bukit Saban Sumbang Bantuan Makanan Di Kawasan PKPD
0 Comments

KHAMIS, 07 OKTOBER 2021

BETONG: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menyumbang bantuan bekalan makanan kepada 13 pintu keluarga di Rumah Panjang Tanjong Paoh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 hingga 13 Oktober 2021.

Sumbangan telah disalurkan oleh pihak JPBB Betong melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong dalam program ringkas anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong pada Rabu.

Sementara itu, Tuai Rumah Mubok Julie yang mewakili pihak para penduduk di sini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Amar Douglas yang juga ADUN Bukit Saban di atas keprihatinan beliau dengan keperluan para penduduk yang kini sedang dikenakan arahan kawalan pergerakan.

Terdahulu, pada hari yang sama, Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban turut menyerahkan sumbangan bantuan bekalan makanan kepada 17 pintu keluarga Rumah Panjang Raba Tiput yang turut dikenakan PKPD  bermula 4 hingga 14 Oktober.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Kedit Bedin mengucapkan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Amar Douglas di atas sumbangan yang sedikit sebanyak dapat membantu penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.-EDISI UKAS