PBB Kabong Serah Bantuan Perubatan Dan Bantuan Pendidikan Secara One-Off Kepada 17 Penerima

RABU, 13 OKTOBER 2021

KABONG : Pemangku Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong, Normah Ahmadi telah menyerahkan bantuan perubatan serta bantuan pendidikan secara one-off kepada 17 penerima yang layak pada Selasa. 

Program ‘Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban’ tersebut telah disampaikan ke rumah penerima-penerima bersama Pergerakan Wanita PBB Cawangan Kabong.

Antara penerima bantuan perubatan on off ialah Awa Hasyimah Muhammad Fasilie, Kuasa Bujang, Marjidi Sahari, Dolah Saleh, serta Mohamad Asyrah Taip di mana masing-masing mempunyai masalah penyakit kronik dan perlu membuat pemeriksaan lanjutan di Hospital Sarikei.

Sementara itu, penerima bantuan pendidikan secara on-off ialah Mohammad Shahrizan  Awang Yaman, Dayang Nurshazwani Awang Ismail, Norsyafika Tuah, Norhasmawati Sapaie, Nursyazrina Muhammad Salleh, Aida Natashya Ismail Abdullah, Nor Akira Sohor, Rimi Rohaida Roslan, Mara Manja, Mohd Tamizie Abdullah Saberi, Muhammad Zakiyuddin Ahmad dan Nur Anis Natasha Sulaiman.

Mereka masing-masing bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi sesi 2021/2022.-EDISI UKAS