Pantai Trombol Bakal Jadi Destinasi Pelancongan Popular Di Sarawak

RABU,20 OKTOBER 2021

KUCHING: Pantai Trombol yang terletak kira-kira 30 kilometer di pusat bandaraya Kuching bakal menjadi destinasi pelancongan baharu yang popular di negeri ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pantai berkenaan mampu menjadi destinasi wajib dilawati di Sarawak sekiranya mempunyai kemudahan yang lengkap bagi memberi pengalaman menarik kepada pengunjung.

Menurutnya, Pantai Trombol sangat popular dengan keunikan pantainya yang panjang dan ditambahkan lagi dengan permandangan menarik Pulau Satang.

“Pantai Trombol ini menjadi lokasi pelancongan terkini yang menjadi kunjungan oleh orang awam untuk melakukan aktiviti beridah bersama keluarga mereka terutamanya pada hujung minggu.

“Jadi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini telah pun berbincang supaya kawasan pantai ini dijaga dengan kondusif dan selamat sekaligus dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja bersama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai memberitahu, cadangan untuk menaik taraf jalan raya penghubung dari jalan utama menuju ke Pantai Trombol akan dibincangkan untuk mendapatkan dana bagi projek jalan tersebut.

Beliau juga berharap para pengunjung yang mengunjungi pantai berkenaan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan.

“Kita juga akan mengusahakan kemudahan asas seperti tandas awam,tempat berehat dan tempat beriadah di kawasan tersebut bagi kemudahan orang awam yang berkunjung di situ,” ujarnya lagi.

Sementara itu, wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS) sempat menemubual beberapa penduduk dan peniaga tempatan di situ dan mereka menzahirkan rasa bersyukur dengan kuasa media sosial mereka dapat menjana pendapatan mereka di situ.

“Alhamdulillah dengan kuasa viral daripada media sosial pantai yang sunyi sepi dahulu kini menjadi tempat beriadah keluarga terutamanya di Kuching bagi meluangkan masa bersama keluarga untuk menikmati keindahan permandangan dan pantai tersebut,” katanya. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia