RABU, 27 OKTOBER 2021
SRI AMAN: Kira-kira 300 orang warga emas berumur 60 tahun ke atas menerima suntikan vaksin dos penggalak jenis Pfizer BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu pada Rabu.
Program yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Sri Aman kali ini merupakan yang pertama diadakan di daerah Pantu.
Proses vaksinasi berjalan lancar mengikut giliran kawasan kampung yang dijadualkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan kesesakan di PPV tersebut. –EDISI UKAS