ADUN Layar Serah Dana Peruntukan MRP Kepada Pertubuhan Dan Pelajar

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Layar Serah Dana Peruntukan MRP Kepada Pertubuhan Dan Pelajar
0 Comments

KHAMIS, 28 OKTOBER 2021

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu mewakili Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat menyerahkan cek peruntukan Projek Luar Bandar(MRP) kepada badan-badan bukan kerajaan(NGO), Persatuan, Pertubuhan dan pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri Layar pada Rabu.

Kumpulan pertama yang menerima 10 keping cek bagi kalangan NGO, Kelab dan Pertubuhan yang berjumlah RM42,000 adalah St. Augustine Women Fellowship, Serakup Indu Dayak Sarawak, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tengah, Kelab Ngepan Betong, Kelab Sukan Rekreasi Permotoran, Persatuan Berbasikal Bahagian Betong, Persatuan Pesara Kerajaan Daerah Betong, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Betong (PDK Betong) ,PPWS Kampung Baru Betong dan Persekutuan Wanita Sarawak PPWS Kpg Masjid Betong.

Manakala kumpulan keduanya terdiri daripada pihak Biro Wanita di Kawasan DUN Layar yang merangkumi 91 buah rumah panjang yang diwakili oleh beberapa biro wanita yang hadir menerima dua cek yang diserahkan secara berperingkat oleh ADUN Layar dan Ahli Parlimen Betong.

Dalam pada itu, Gerempung Tuai Rumah (GTR) Layar dan ADUN Layar menyumbangkan set kit yang terdiri daripada dua(2) unit oksimeter, satu(1) unit alat pengukur tekanan darah dan empat(4) unit kit ujian kendiri COVID-19 kepada setiap rumah panjang di kawasan tersebut.

Pada pengutupan program penyerahan tersebut, Dato Gerald sempat menyerahkan sumbangan berupa wang tunai kepada 3 orang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Para penerima juga sempat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak ADUN Layar dan Ahli Parlimen Betong yang telah memperuntukkan dana kepada mereka bagi membantu masyarakat dalam menempuhi pandemik ini.-EDISI UKAS