22 KIR Kampung Pasa Melayu Terima Bantuan Bakul Makanan

UKAS  > Edisi-Tengah >  22 KIR Kampung Pasa Melayu Terima Bantuan Bakul Makanan
0 Comments

RABU, 10 NOVEMBER 2021

BETONG : Seramai 22 Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Pasa Melayu, Betong telah menerima sumbangan barupa bakul makanan pada Khamis. 

Program tersebut yang menyasarkan warga emas dari setiap keluarga adalah anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Warga Emas Betong dan Skuad Kasih Sayang Plus (SKSP) Layar. 

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh bekas ADUN Layar, Dato Gerald Rentap Jabu. 

Dalam pada itu, para penerima menzahirkan ucapan terima kasih di atas sumbangan serta mengucapkan tahniah di atas penganjuran program seumpama itu.-EDISI UKAS