Datuk Mong Dagang Serah Geran Kerajaan Dan Bendera GPS Di DUN Bukit Begunan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Datuk Mong Dagang Serah Geran Kerajaan Dan Bendera GPS Di DUN Bukit Begunan
0 Comments

SABTU, 13 NOVEMBER 2021

BUKIT BEGUNAN : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menghadiri perjumpaan khas bersama Ketua Masyarakat di kawasan itu bagi menyerahkan Geran Kerajaan dan Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Jumaat.

Pertemuan ringkas anjuran Bilik Gerakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Bukit Begunan itu bertujuan memberi peluang kepada setiap Ketua Masyarakat untuk berkongsi permasalahan mahupun idea dalam usaha membentuk keharmonian masyarakat di kawasan masing-masing disamping menguatkan lagi sokongan terhadap kepimpinan kerajaan GPS.

Menurut Datuk Mong, sokongan harus diberikan kepada GPS untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

Geran kerajaan yang disertakan dengan bendera GPS diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina Bangkong Kandis sebanyak RM7,000 dan JKKK Kawasan Lachau sebanyak RM 10,000.

Selain itu, sejumlah RM10,000 diserahkan kepada JKKK Rh Murphy Sebemban Selanjan manakala RM5,000 kepada Biro Wanita Rh Murphy Sebemban Selanjan.

Turut menerima geran dan bendera adalah JKKK Rh Ritcheal Sebemban Sg Langsat sebanyak RM10,000 dan JKKK Rh Juntik,Sg Besai Baru sebanyak RM8,000. -EDISI UKAS