Peranan Wanita Diperkasa Demi Masa Depan Lebih Baik

UKAS  > Edisi-Utara >  Peranan Wanita Diperkasa Demi Masa Depan Lebih Baik
0 Comments

JUMAAT, 26 NOVEMBER 2021

BINTULU: Wanita merupakan golongan yang tegas dan setia dalam apa jua keadaan. 

Menteri Muda (Undang Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak – Datuk John Sikie Tayai berkata, untuk itu kita akan memperkasakan lagi peranan wanita dalam membantu Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi masa depan anak dan cucu. 

“Taklimat ini diadakan adalah untuk memperkasakan peranan wanita. 

“Tugas yang berat sebagai ibu di rumah dan juga merupakan tiang negara, peranan penting dalam sebuah institusi keluarga atau di rumah panjang,” katanya semasa berucap dalam Taklimat Memperkasakan Wanita GPS DUN Kakus di Hotel Promenade Bintulu pada Rabu. 

Seramai 100 orang daripada kalangan Tuai Rumah Wanita, Ketua Biro Wanita dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita dari DUN Kakus telah menyertai taklimat tersebut. 

Ujar Datuk John Sikie lagi, golongan wanita tidak harus sombong dan meninggi diri lebih-lebih lagi dalam berpolitik bagi menjaga kesopanan dan imej parti. 

“Wanita tidak perlu sombong dan meninggi diri. Perangai seperti ini tidak suka dilihat oleh masyarakat khususnya di rumah rumah panjang. 

“Cara kita berpolitik adalah mengikut gaya dan cara di satu-satu tempat. 

“Kita mesti pandai menyesuaikan diri di sesuatu tempat. Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk,” ujarnya. 

Hadir di majlis itu Ahli Dewan Negara Senator Rita Inso dan Senator Susan Chemerai Anding dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak Edwin Banta dan Jenny Bangga.-EDISI UKAS