Program Ziarah UKAS Prihatin: 15 Kampung DUN Bukit Semuja Terima Set Peralatan Pembasmi Kuman

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program Ziarah UKAS Prihatin: 15 Kampung DUN Bukit Semuja Terima Set Peralatan Pembasmi Kuman
0 Comments

RABU, 01 DISEMBER 2021

SERIAN: Sebanyak 15 kampung dalam kawasan Bukit Semuja menerima sumbangan set peralatan pembasmi kuman dalam Program Ziarah UKAS Prihatin di Berambeh Center Ranchan pada Rabu.

Program telah dirasmikan oleh mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus sekaligus menyampaikan sumbangan UKAS Prihatin kepada pengerusi rumah-rumah ibadat dan ketua kampung yang terlibat.

Sembilan penerima adalah terdiri daripada pengerusi gereja dan enam penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Berucap dalam program tersebut, John Ilus mengucapkan tahniah kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kerana telah menganjurkan program yang bersifat prihatin dan peka dengan keadaan semasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa peranan ketua kampung dan pengerusi rumah ibadat amat penting bagi memastikan penduduk kampung terus patuh SOP COVID-19 dengan mengamalkan budaya norma baru dan memastikan rumah-rumah ibadat dalam keadaan bersih dan selamat untuk beribadah.

Sementara itu, beliau menyeru kepada pengundi di DUN Bukit Semuja agar terus menyokong pimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, kepimpinan GPS sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan menentukan hala tuju negeri ini.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *