PRN12 Sarawak: Perang Bendera Antara GPS, PSB Dan PKR Kian Meriah Di DUN Tebedu

SELASA, 7 DISEMBER 2021

TEBEDU: Perang bendera antara parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) kian meriah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.

Tinjauan pada Selasa mendapati bendera parti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) rancak mewarnai di sekitar kawasan Kampung Bedang  Lobang Batu, Kampung Payau dan Kampung Krusen.

Selain itu, kelihatan poster calon bertanding dan banner parti turut digantung di kawasan berkenaan. –EDISI UKAS

add comment