Penduduk Di Po Ai Diseru Terus Pertahankan Kepimpinan GPS

UKAS  > Edisi-Tengah >  Penduduk Di Po Ai Diseru Terus Pertahankan Kepimpinan GPS
0 Comments

SELASA, 14 DISEMBER 2021

SRI AMAN: Penduduk di kawasan Po Ai diseru agar terus menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

Calon GPS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.31 Bukit Bangunan, Datuk Mong Dagang memberitahu, jangan mudah terpengaruh dengan pihak pembangkang yang cuba untuk mendapatkan undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12).

Jelasnya, PRN-12 bukan masanya untuk bermain dan rakyat harus lebih matang untuk memilih bagi menerajui kepimpinan kerajaan Sarawak selepas ini.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni penduduk di Rumah Suat, Po Ai Sungai Rengit pada Selasa.

Datuk Mong Dagang turut memaklumkan bahawa Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah melancarkan Pantu menjadi sebuah daerah yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan daerah berkenaan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *