Taklimat Khas Diadakan Untuk Petugas PRN12 Di DUN Sebuyau

UKAS  > Edisi-Selatan >  Taklimat Khas Diadakan Untuk Petugas PRN12 Di DUN Sebuyau
0 Comments

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SEBUYAU : Satu taklimat khas untuk Petugas dan pegawai terlibat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau telah diadakan pada Jumaat. 

Bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau, perjumpaan itu dihadiri lebih kurang 60 orang melibatkan Petugas Pilihan Raya, Ketua Tempat Mengundi dan Kerani Pengundian/Mengira Undi.

Dimaklumkan, taklimat tersebut bertujuan memastikan petugas dan pegawai berkhidmat sedia maklum mengenai tanggungjawab, tugas dan peranan mereka sepanjang tempoh pengundian dilaksanakan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *