PRN12 SARAWAK: GPS Berjaya Takluk Kerusi DUN Bukit Assek

UKAS  > Edisi-Tengah >  PRN12 SARAWAK: GPS Berjaya Takluk Kerusi DUN Bukit Assek
0 Comments

AHAD, 19 DISEMBER 2021

SIBU: Kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Assek akhirnya ditawan oleh Chieng Jin Ek daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila menumpaskan lima calon lain yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak pada Sabtu.

Chieng Jin Ek menawan kerusi itu daripada Irene Chang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan jumlah undi 4,684 dengan majoriti 874 undi, manakala Irene Chang mendapat sebanyak 3,810 undi.

Beliau turut menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK),Priscilla Lau dengan jumlah undi sebanyak 2,598, manakala Ting Kee Nguan dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dengan undian sebanyak 1,790.

Turut ditewaskan Hii Tiong Huat iaitu calon Bebas dengan undian sebanyak 313 dan Jess Lau dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak dengan jumlah undi sebanyak 209. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *