Hormati Keputusan Pengundi, Terus Berkhidmat Sebagai Datuk Bandar

UKAS  > Edisi-Selatan >  Hormati Keputusan Pengundi, Terus Berkhidmat Sebagai Datuk Bandar
0 Comments

RABU, 22 DISEMBER 2021

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng memberitahu beliau komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan itu. 

Menurutnya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan di kawasan tersebut, termasuk bantuan untuk disampaikan kepada rakyat. 

“Saya masih memainkan peranan sebagai Datuk Bandar sehingga Jun tahun depan. 

“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan masih banyak juga bantuan yang rakyat kita perlukan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas program pengagihan bantuan makanan di Flat KMC, Jalan Padungan pada Selasa. 

Dalam pada itu, Datuk Wee turut menjelaskan beliau menghormati keputusan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.9 Padungan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak baru-baru ini. 

“Untuk tempoh lima tahun akan datang, sesiapa sahaja yang telah dipilih harus bertanggungjawab terhadap apa yang pengundi mereka harapkan. 

“Kita mesti menghormati keputusan pengundi. Sama ada anda ingin mendapatkan wakil rakyat yang mempunyai rancangan untuk masa depan atau mahu mempunyai seseorang yang hanya ingin menjerit di DUN dan akhirnya tiada penyelesaian,” ujarnya.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *