Siap Sedia Hadapi Banjir, Patuhi Setiap Arahan Pihak Berkuasa

UKAS  > Edisi-Utara >  Siap Sedia Hadapi Banjir, Patuhi Setiap Arahan Pihak Berkuasa
0 Comments

JUMAAT, 31 DISEMBER 2021

LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang telah bersiap sedia hadapi banjir. 

Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata, agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pembekal barang keperluan telah diarahkan bersedia untuk menghadapi bencana tersebut. 

“Penduduk di Limbang juga diingatkan agar mendengar nasihat agensi penyelamat apabila diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang ditetapkan dengan membawa dokumen-dokumen penting mereka. 

“Jangan tunggu air naik ke paras bahaya baru hendak berpindah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen P.221 Limbang di Tapak Tamu Khamis/ Jumaat, Majlis Daerah Limbang pada Khamis. 

Tambah Datuk Hasbi lagi, penduduk di Bahagian Limbang perlu mengambil iktibar dari bencana banjir yang berlaku di Semenanjung dengan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. 

Turut sama hadir Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Ketua Cawangan KPDNHEP Limbang Pulnama Tarah.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *