RABU, 12 JANUARI 2022

SEBUYAU: Prihatin terhadap nasib yang menimpa Ramli Abang Abdul Raub yang sukar bergerak akibat penyakit membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi memberikan sumbangan berupa kerusi roda. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau, Abu Seman Suhaili bersama Ketua Kaum Kampung Hulu Sebuyau, Sekran Tapa yang mewakili Datuk Julaihi dalam Program Ziarah di kediaman Ramli Abang di Kampung Hulu.

Ketika ditemui, Ramli Abang menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas pemberian kerusi roda itu.-EDISI UKAS

add comment