87,750 Dos Vaksin Pfizer Tiba Di Sarawak

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

KUCHING: Sebanyak 87,750 dos vaksin Pfizer telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Khamis.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian dalam hantaran Facebook akaun rasmi miliknya.

Beliau memberitahu, setakat 10 Januari 2022, masih terdapat 468,904 rakyat Sarawak yang layak mendapat dos penggalak tetapi masih belum mendapatkannya.

Sehubungan itu, beliau menyeru mereka untuk melakukan tanggungjawab dan memainkan peranan segera dengan mengambil vaksin penggalak.

“Mari kita mainkan peranan kita dan lakukan bahagian kita. Jom dapatkan vaksin booster (Pfizer atau Sinovac) sebelum Omicron menewaskan Sarawak tidak lama lagi.

“Mungkin ada yang berpendapat varian Omicron adalah varian yang tidak membawa kesan yang teruk, tetapi ia sangat menular sehingga boleh mengatasi kemudahan penjagaan kesihatan kita yang terhad di Sarawak.

“Jadi kita perlu memainkan peranan kita dan lakukan bahagian kita. Dapatkan vaksin dos penggalak (Pfizer atau Sinovac) sebelum Omicron menewaskan Sarawak,” katanya.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia