ADUN Simanggang Ambil Maklum Status Projek RTP Bahagian Sri Aman

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Simanggang Ambil Maklum Status Projek RTP Bahagian Sri Aman
0 Comments

JUMAAT, 14 JANUARI 2022

SRI AMAN: Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis telah mengunjungi agensi pelaksana di Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, pada Khamis.

Beliau mengambil maklum mengenai status 14 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2021 dari Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bernilai RM1.45 juta termasuk projek Sistem Pengairan dan Perparitan dari Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) Bahagian Sri Aman bernilai RM1.75 juta yang kini sedang dalam proses pembinaan termasuk beberapa projek yang masih dalam kajian.

Dalam masa yang sama, perbincangan juga berkisar mengenai status pembinaan tebingan sungai (waterfront) sri aman, menara tinjau (benak tower) dan pangkalan ikan bulu.

Selain itu, turut dibincangkan status kesinambungan perancangan pembangunan 13 projek RTP dengan kos RM2.2 juta yang akan memberi manfaat kepada rakyat. Hadir sama dalam sesi penerangan tersebut ialah Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Tiong Chong Onn dan Penghulu Kang Tai Kong iaitu Ketua Masyarakat dari komuniti Cina Daerah Sri Aman. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *